Program Pemeriksaan Saringan Kesihatan Berkala
27 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2026, NADI Felda Taib Andak telah mengadakan Program Pemeriksaan Saringan Kesihatan Berkala secara percuma kepada komuniti setempat. Program telah berlangsung mulai 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Selaras dengan cabang Perkhidmatan Pintar NADI, pemeriksaan saringan kesihatan merupakan salah satu program dibawah “NADI x Kesejahteraan Kendiri”.
Penduduk setempat digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Perkhidmatan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi untuk membantu komuniti setempat untuk memantau tahap kesihatan mereka dengan kadar perkhidmatan secara percuma.
Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: